Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Taman Sepakat Jaya

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sepakat Jaya telah menjemput wakil daripada Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi dan Pusat Internet Kampung Telaga Air untuk menjadi ahli jawatankuasa sepanjang program berlangsung untuk menjayakan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Program bermula pada jam 8:00 pagi bagi menyambut kedatangan pengunjung. Program dimulakan dengan pendaftaran pengunjung, pendaftaran permainan yang akan berlangsung pada hari berkenaan. Selain itu, pengunjung yang dating didedahkan dengan program siaran digital myfreeiew serta penutupan siaran analog yang telah diumumkan penutupannya tidak lama lagi. Di samping itu, bagi pengunjung yang bukan ahli turut mendaftar keahlian mereka di pusat internet dan sambutan amatlah menggalakkan. Seramai 112 orang pengunjung telah menghadiri program ini.

Seterusnya, program diteruskan dengan Ceramah Bebas Dadah dan “Family on Alert” daripada pihak Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK). Sepanjang ceramah juga turut diselitkan dengan beberapa adegan bagi kanak-kanak untuk menyelamatkan diri daripada penculikan. Program diteruskan dengan taklimat ringkas daripada pihak Bomba cawangan Tabuan Jaya mengenai penggunaan alat pemadam api serta cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran yang berlaku. Kemudian, pihak Bomba telah melakukan demonstrasi langsung latihan kebakaran di padang berhadapan dewan serbaguna Taman Sepakat Jaya. Akhir sekali, pertandingan galah panjang diteruskan bagi aktiviti penutupan hari bersama komuniti Pusat Internet Taman Sepakat Jaya. Majlis ditutup dengan perasmian penutupan program daripada Ketua Kampung Taman Sepakat Jaya, Encik Abdul Rahman. Majlis bersurai pada jam 2.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali